Hapusnya dosa suami bila isteri bersalaman

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH SAW bersabda, yang bermaksud:
Seorang isteri yang bermuka muramdi hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuatsuasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya keranasenyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendakisuami ketika pulang dalam keletihan.Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahanmenyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hinggaisteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunandaripada suami.Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabilasuami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormatdan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupunisteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman denganisterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalamandengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormatanak-anak kepada orang tua.Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannyaterhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalamrumahtangga.Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorangisteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampununtuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung diudara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalamkerelaan suaminya."Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencarikeredhaan Allah melalui keredhaan suami.
===========================================
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu.""sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

No comments: